Khamis, 5 Februari 2009

Asalnya Perkenalan Huruf Hijayyah Dalam Tubuh

Ada yang mencari-cari rahsia dalam tubuh manusia. Ada juga yang menafikan huruf-huruf yang terkandung di dalamnya. Huruf Hijayyah sebenarnya ada dalam tubuh manusia mengikut perspektif Islam.
Pada zaman Tok Kenali di Kelantan memperkenalkan dan mengajar tentang rahsia huruf dan kelebihan ayat dalam kitabPati Rahsia’. Ketika itu orang-orang Melayu Islam tidak berupaya memiliki senjata untuk melawan penjajah British. Maka al-Quranlah menjadi senjata mukmin. Tidak hairanlah kehebatan orang dahulu melawan penjajah dengan bermodalkan amalan al-Quran dan amalan rahsia huruf. Susulan daripada peristiwa itu, rahsia huruf tidak lagi menjadi sembunyi daripada pengetahuan penduduk Melayu Islam sehingga tersebar di seluruh tanah Melayu.
Malangnya ilmu huruf hijayyah telah disalah gunakan untuk tujuan kepentingan tanpa batas dalam arus perkembangan ilmu hari ini. Maka ia dirahsiakan untuk mengelakkan fitnah yang bakal berlaku kecuali mereka yang benar-benar dapat memikul tanggungjawab untuk kebenaran. Jika tidak dikawal,kesucian ilmu pasti dicemari oleh jiwa yang kotor.

Tiada ulasan: