Selasa, 26 Mei 2009

Halnya Cerita Hantu

Menjelang era 2000 sehingga ke hari ini, industri perfileman kita banyak disajikan dengan cerita thriller tentang hantu tempatan. Malah ada beberapa kejutan dengan aksi-aksi yang menggentar jiwa para penonton. Ada pula sewaktu sesi pengambaran aktor yang dirasuki oleh makhluk halus dan juga diganggu secara sepontan. Bahkan ada beberapa perkara berlaku dalam masyarakat yang semakin ketara.Ini adalah kesan sampingan sebenarnya bila realiti tentang dunia makhluk halus semakin membajiri industri perfileman kita. Ramai masyarakat memandang perkara ini berlaku disebabkan oleh keyakinan,fantasi dan kepercayaan yang melampau di dalam sesuatu hal yang berkaitan makhluk halus. Tetapi hakikatnya tidak dipandang dalam sudut ilmiah. Kewujudan makhluk halus memang wujud sebelum penciptaan Nabi Adam lagi. Malah tipu daya Iblis dan kuncu-kuncunya tetap tidak akan berputus asa untuk memerangkap manusia ke jalannya.

Bagaimana hantu menggangu manusia akibat filem hantu dinegara kita? Bila jiwa manusia itu selalu diselubungi misteri dan ketakutan atau lemah diri menghadapi penampilan makhluk halus akibat daripada kejutan budaya perfileman kita, maka perkara kerasukan dan gangguan tidak mustahil berlaku. Kenapa ketara? Ramai yang menonton,ramai pula yang terasa. Tak banyak sikit pun jadilah ada rasa misteri dan takut dalam hal tersebut. Berbanding dahulu, pendedahan cerita tempatan kurang melainkan filem dari Indonesia. Bila kekerapan berlaku dalam cerita-cerita hantu,pemikiran penonton akan berlegar dalam belenggu ketakutan dan kejutan. Saat ini syaitan akan mengambil tempat untuk mempengaruhi manusia dalam dunia lain. Maka tidak mustahil wujud wajah-wajah hantu tempatan dalam apa yang wujud pada pemikiran yang dipengaruhi filem tersebut seperti gerak geri,lintasan dan berdiri bulu roma.

Filem hantu tempatan bukan mengajar para penonton di dalam keberanian menentang makhluk halus tetapi melahirkan belenggu pemikiran dan ketakutan menghadapi natijah makhluk tersebut. Tidak dinafikan bahawa amalan ilmu hitam/sihir juga boleh menyebabkan gangguan,kemunculan dan kerasukan makhluk halus. Kita perlu berfikir dan mentelaah lagi bidang keilmuan dalam bidang menangani masalah seperti ini.