Menjelang era 2000 sehingga ke hari ini, industri perfileman kita banyak disajikan dengan cerita thriller tentang hantu tempatan. Malah ada beberapa kejutan dengan aksi-aksi yang menggentar jiwa para penonton.
Bagaimana hantu menggangu manusia akibat filem hantu dinegara kita? Bila jiwa manusia itu selalu diselubungi misteri dan ketakutan atau lemah diri menghadapi penampilan makhluk halus akibat daripada kejutan budaya perfileman kita, maka perkara kerasukan dan gangguan tidak mustahil berlaku. Kenapa ketara? Ramai yang menonton,ramai pula yang terasa. Tak banyak sikit pun jadilah ada rasa misteri dan takut dalam hal tersebut. Berbanding dahulu, pendedahan cerita tempatan kurang melainkan filem dari
Filem hantu tempatan bukan mengajar para penonton di dalam keberanian menentang makhluk halus tetapi melahirkan belenggu pemikiran dan ketakutan menghadapi natijah makhluk tersebut. Tidak dinafikan bahawa amalan ilmu hitam/sihir juga boleh menyebabkan gangguan,kemunculan dan kerasukan makhluk halus. Kita perlu berfikir dan mentelaah lagi bidang keilmuan dalam bidang menangani masalah seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan