Rabu, 20 Ogos 2008

Perbezaan Toyol dan Jenglot

Ramai yang tidak tahu apa kekurangan dan kelebihan toyol. Sebenarnya di dalam pengamatan aku dalam dunia perubatan ini banyak kes telah berlaku bersama guru. Tugas toyol yang utama adalah hanya mencuri duit. Ia bergantung arahan tuannya sama ada ambil RM10,RM50 atau RM100 seberapa banyak yang boleh dalam sesebuah kawasan/tempat. Tetapi Jenglot lebih maju daripada Toyol sebabnya boleh mencuri bukan sekadar wang ringgit,malah emas dan dokumen penting. Mungkin susah percaya hal ini.Begitulah hakikatnya yang berlaku dalam dunia sekarang. Kini Toyol dipinggirkan,tidak seperti dahulu banyak digunakan oleh masyarakat kita dalam mencari keuntungan yang cepat dengan cara salah di sisi Islam. Kelebihan Jenglot berupaya mencuri duit syiling dan ringgit. Tidak bergantung pada nilai sesuatu duit tersebut. Apa sahaja duit yang digunakan pasti menjadi habuannya. Ingatlah, penggunaan Jenglot bukan sahaja di negara Indonesia tetapi telah menular di negara kita.

Bayi Jadi Batu




Kekuasaan Allah s.w.t.



Ayat Manzil

Antara Fadhilat/Kelebihan Manzil

1. Mengelak/menyembuhkan penyakit akibat gangguan sihir, jin, syaitan dan seumpamanya.
2. Melindungi pengamal dan keluarganya daripada bahaya syaitan, jin, gangguan makhluk halus, pencuri (melindungi harta benda), binatang buas (melindungi tanaman/ternakan) dan lain-lain.

Walaupun begitu setiap individu yang mengamalkan manzil ini kesannya tidak semestinya sama diantara satu sama lain. Semuanya Dengan Izin Allah!


Ayat-Ayat Al Quran Dalam Manzil

1. Fatihah
2. Al-Baqarah - ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286
3. Ali-Imran - ayat 18, 26-27
4.
Al-A'raf - ayat 54-46
5. Al-Isra' - ayat 110-111
6. Al-Mukminun - ayat 115-118
7. As-Soffat - ayat 1-11
8. Ar-Rahman - ayat 33-40
9. Al-Hasyar - ayat 21-24
10. Al-Jin - ayat 1-4
11. Al-Kafirun
12. Al-Ikhlas
13. Al-Falaq
14. Al-Anas

Khamis, 24 Julai 2008

Lambang Kerajaan

Lambang kerajaan itu macam-macam. Ada berupa tongkat,keris,pedang dan lain-lain. Kali ini aku igin membawa anda melihat salah satu lambang kerajaan Gangganegara di daerah Bruas,Perak.

Perpecahan

Gugurnya rantaian keakraban para jamaah suatu ketika dahulu menyebabkan masing-masing memilih haluan sendiri. Aku tahu sebab yang paling utama perpecahan jemaah itu kerana hati yang angkuh tidak mahu membuat perubahan diri dalam menuju keredhoan Illahi. Banyak sebab oleh perbuatan yang melanggar adab dan tertib berjemaah. Bahkan tiada dapat diperbetulkan lagi kerana pendirian yang tidak perlu diubah. Aku menyaksikan bahawa sifat manusia itu dalam pelbagai situasi yang datang dan pergi. Aku juga kecewa kerana jemaah yang dibina atas dasar Islamiyah dan ukhuwah hancur dengan perbuatan tangan-tangan jemaah sendiri. Maka fitnah itu berlaku berpanjangan dengan suasana hambar menyelubungi hati mereka yang mencintai golongan jemaah yang bakal runtuh.

Di sinilah aku bersama jemaah melakukan amal.

Di ruangan inilah kami para jemaah sering berbincang
dan beramal secara berjemaah

Pada satu malam kelihatan cahaya bersinar di hadapan jemaah yang ada disaat itu. Memang menjadi keanehan apakah yang berlaku pada pokok yang berhampiran dengan pondok. Persoalan itu telah terjawab bila keesokannya pergi melihat.


Inilah jawapannya iaitu kalimah Allah s.w.t yang tertera
pada kulit pokok tersebut.

Kalimah itu ada dibeberapa tempat dari bawah pokok
sehingga ke atas.

Subhanallah apa yang telah terjadi atas izin Allah s.w.t
sebagai pertunjuk.


Rabu, 23 Julai 2008

Susuk Pocong


Kalau aku katakan sesuatu yang tidak dapat kesan dengan panca indera, sudah tentu ia menjadi gelak ketawa,di katakan tidak masuk akal. Hakikatnya, itulah yang kita tidak sedar dalam alam ini. Inilah sarung pocong yang mengandungi tanah kubur di dalamnya. Digunakan untuk menghantar makhluk halus melalui amalan sihir.

Sebenarnya benda yang umpama kain putih ini dianggap perca kain oleh guruku tetapi sebaliknya bila menyedari dirinya diuji oleh orang yang tidak puas hati.Tahukah apa kain putih itu? He,he,he.....Jangan terkejut aaar. Mmmm...kain kapan. Entahla...di mana
sibomoh itu dapat aku tidak tahu. Kebiasaan banyak bomoh (yang mengaku Islam) berdamping dengan makhluk halus. Tujuannya dijadikan khadam (orang suruhan).Jenis bomoh yang melakukan kaedah ini adalah jenis 'cari makan'. Sesiapa saja yang ada duit,tidak puas hati,dendam boleh sahaja disuruhnya.

Macam mana pula pocong ini wujud dalam gulungan kain kapan itu? Jawapannya dalam upacara ritual @ pemujaan bomoh yang mengamal ilmu hitam akan mengarahkan,membuat beberapa perjanjian dengan pocong itu memasuki sarung sebagai penyamaran supaya orang tidak perasan. Malah makhluk halus ini boleh keluar bila tamat tempoh.Peristiwa ini telah 5 tahun berlalu. Tinggal hanya kenangan dengann kata-kata yang mungkin mengimbau kembali.