Rabu, 23 Julai 2008

Susuk Pocong


Kalau aku katakan sesuatu yang tidak dapat kesan dengan panca indera, sudah tentu ia menjadi gelak ketawa,di katakan tidak masuk akal. Hakikatnya, itulah yang kita tidak sedar dalam alam ini. Inilah sarung pocong yang mengandungi tanah kubur di dalamnya. Digunakan untuk menghantar makhluk halus melalui amalan sihir.

Sebenarnya benda yang umpama kain putih ini dianggap perca kain oleh guruku tetapi sebaliknya bila menyedari dirinya diuji oleh orang yang tidak puas hati.Tahukah apa kain putih itu? He,he,he.....Jangan terkejut aaar. Mmmm...kain kapan. Entahla...di mana
sibomoh itu dapat aku tidak tahu. Kebiasaan banyak bomoh (yang mengaku Islam) berdamping dengan makhluk halus. Tujuannya dijadikan khadam (orang suruhan).Jenis bomoh yang melakukan kaedah ini adalah jenis 'cari makan'. Sesiapa saja yang ada duit,tidak puas hati,dendam boleh sahaja disuruhnya.

Macam mana pula pocong ini wujud dalam gulungan kain kapan itu? Jawapannya dalam upacara ritual @ pemujaan bomoh yang mengamal ilmu hitam akan mengarahkan,membuat beberapa perjanjian dengan pocong itu memasuki sarung sebagai penyamaran supaya orang tidak perasan. Malah makhluk halus ini boleh keluar bila tamat tempoh.Peristiwa ini telah 5 tahun berlalu. Tinggal hanya kenangan dengann kata-kata yang mungkin mengimbau kembali.





Tiada ulasan: