Khamis, 24 Julai 2008

Perpecahan

Gugurnya rantaian keakraban para jamaah suatu ketika dahulu menyebabkan masing-masing memilih haluan sendiri. Aku tahu sebab yang paling utama perpecahan jemaah itu kerana hati yang angkuh tidak mahu membuat perubahan diri dalam menuju keredhoan Illahi. Banyak sebab oleh perbuatan yang melanggar adab dan tertib berjemaah. Bahkan tiada dapat diperbetulkan lagi kerana pendirian yang tidak perlu diubah. Aku menyaksikan bahawa sifat manusia itu dalam pelbagai situasi yang datang dan pergi. Aku juga kecewa kerana jemaah yang dibina atas dasar Islamiyah dan ukhuwah hancur dengan perbuatan tangan-tangan jemaah sendiri. Maka fitnah itu berlaku berpanjangan dengan suasana hambar menyelubungi hati mereka yang mencintai golongan jemaah yang bakal runtuh.

Di sinilah aku bersama jemaah melakukan amal.

Di ruangan inilah kami para jemaah sering berbincang
dan beramal secara berjemaah

Pada satu malam kelihatan cahaya bersinar di hadapan jemaah yang ada disaat itu. Memang menjadi keanehan apakah yang berlaku pada pokok yang berhampiran dengan pondok. Persoalan itu telah terjawab bila keesokannya pergi melihat.


Inilah jawapannya iaitu kalimah Allah s.w.t yang tertera
pada kulit pokok tersebut.

Kalimah itu ada dibeberapa tempat dari bawah pokok
sehingga ke atas.

Subhanallah apa yang telah terjadi atas izin Allah s.w.t
sebagai pertunjuk.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

So good......