Rabu, 5 Ogos 2009

Hizib Al-Hikmah

1.yaa allaah yaa hayyu yaa qoyyuum yaa 'ad zhiim yaa robball 'aalamiin 13x
2.qoyyuumuy yarzuqu may ya-syaa-ul quwwah 13x
3.ilaahii anta maqshuudi wa ri-dhooka math-luubii 13x
4.wa ufawwi-dhu amrii ilallaah 13x

fungsi :
penolak serangan musuh, musuh terpental jatuh sebelum menyentuh kita bahkan boleh lumpuh sesuai dengan niat mereka dan kita...lebih kepada ilmu selamat..Diamali setiap hari. Sama ada selepas solat atau di masa lapang lainnya.


Allahu 'alam bissawab.

Jumaat, 31 Julai 2009

DOA AYAT BASMALLAH


Doa ini dibaca selepas bagi barang siapa yang mengamali wirid ayat basmallah.
(Disalin semula daripada kitab lama,Allahu'alambissawaab.)

Selasa, 26 Mei 2009

Halnya Cerita Hantu

Menjelang era 2000 sehingga ke hari ini, industri perfileman kita banyak disajikan dengan cerita thriller tentang hantu tempatan. Malah ada beberapa kejutan dengan aksi-aksi yang menggentar jiwa para penonton. Ada pula sewaktu sesi pengambaran aktor yang dirasuki oleh makhluk halus dan juga diganggu secara sepontan. Bahkan ada beberapa perkara berlaku dalam masyarakat yang semakin ketara.Ini adalah kesan sampingan sebenarnya bila realiti tentang dunia makhluk halus semakin membajiri industri perfileman kita. Ramai masyarakat memandang perkara ini berlaku disebabkan oleh keyakinan,fantasi dan kepercayaan yang melampau di dalam sesuatu hal yang berkaitan makhluk halus. Tetapi hakikatnya tidak dipandang dalam sudut ilmiah. Kewujudan makhluk halus memang wujud sebelum penciptaan Nabi Adam lagi. Malah tipu daya Iblis dan kuncu-kuncunya tetap tidak akan berputus asa untuk memerangkap manusia ke jalannya.

Bagaimana hantu menggangu manusia akibat filem hantu dinegara kita? Bila jiwa manusia itu selalu diselubungi misteri dan ketakutan atau lemah diri menghadapi penampilan makhluk halus akibat daripada kejutan budaya perfileman kita, maka perkara kerasukan dan gangguan tidak mustahil berlaku. Kenapa ketara? Ramai yang menonton,ramai pula yang terasa. Tak banyak sikit pun jadilah ada rasa misteri dan takut dalam hal tersebut. Berbanding dahulu, pendedahan cerita tempatan kurang melainkan filem dari Indonesia. Bila kekerapan berlaku dalam cerita-cerita hantu,pemikiran penonton akan berlegar dalam belenggu ketakutan dan kejutan. Saat ini syaitan akan mengambil tempat untuk mempengaruhi manusia dalam dunia lain. Maka tidak mustahil wujud wajah-wajah hantu tempatan dalam apa yang wujud pada pemikiran yang dipengaruhi filem tersebut seperti gerak geri,lintasan dan berdiri bulu roma.

Filem hantu tempatan bukan mengajar para penonton di dalam keberanian menentang makhluk halus tetapi melahirkan belenggu pemikiran dan ketakutan menghadapi natijah makhluk tersebut. Tidak dinafikan bahawa amalan ilmu hitam/sihir juga boleh menyebabkan gangguan,kemunculan dan kerasukan makhluk halus. Kita perlu berfikir dan mentelaah lagi bidang keilmuan dalam bidang menangani masalah seperti ini.

Selasa, 28 April 2009

Kebesaran Allah s.w.t


Kalimah Muhammad di Bulan

Kalimah Allah di luar bumi

Kalimah Allah dan Muhammad dipisang


Batu sujud

Khamis, 5 Februari 2009

Doa Istikharah Yang Ringkas

ALLAHUMMA INNIII AS ALUKA, WA ATAWAJJAHU ILAIKA NABIYYINA MUHAMMADIN SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAMA NABIYYIRRAHMAH, YA MUHAMMAD, INNIII ATAWAJJAHU BIKA ILAA RABBI, FAYAQDHI HAAJATI (……………SEBUT HAJAT), ALLAHUMMA FASYAFFII’ HU FIYYI.

Maksudnya

Ya Allah, bahawa sesungguhnya aku memohon kepadamu berkah keagungan nabi kita Muhammad s.a.w. nabi rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku memohon dengan keagungan kepada tuhanku, maka datangkanlah hajatku (………dengan menyebut hajat). Ya Allah, maka perkenankanlah syafaatnya.

Asalnya Perkenalan Huruf Hijayyah Dalam Tubuh

Ada yang mencari-cari rahsia dalam tubuh manusia. Ada juga yang menafikan huruf-huruf yang terkandung di dalamnya. Huruf Hijayyah sebenarnya ada dalam tubuh manusia mengikut perspektif Islam.
Pada zaman Tok Kenali di Kelantan memperkenalkan dan mengajar tentang rahsia huruf dan kelebihan ayat dalam kitabPati Rahsia’. Ketika itu orang-orang Melayu Islam tidak berupaya memiliki senjata untuk melawan penjajah British. Maka al-Quranlah menjadi senjata mukmin. Tidak hairanlah kehebatan orang dahulu melawan penjajah dengan bermodalkan amalan al-Quran dan amalan rahsia huruf. Susulan daripada peristiwa itu, rahsia huruf tidak lagi menjadi sembunyi daripada pengetahuan penduduk Melayu Islam sehingga tersebar di seluruh tanah Melayu.
Malangnya ilmu huruf hijayyah telah disalah gunakan untuk tujuan kepentingan tanpa batas dalam arus perkembangan ilmu hari ini. Maka ia dirahsiakan untuk mengelakkan fitnah yang bakal berlaku kecuali mereka yang benar-benar dapat memikul tanggungjawab untuk kebenaran. Jika tidak dikawal,kesucian ilmu pasti dicemari oleh jiwa yang kotor.

Jumaat, 16 Januari 2009

HURUF HIJAIYAH DALAM TUBUH MANUSIA

ا = kening tengah
ب = kening kanan
ت = kening kiri
ث = leher
ج = dada
ح = paha kanan
خ = paha kiri
د = betis kanan
ذ = betis kiri
ر = rusuk kanan
ز = rusuk kiri
س = susu kiri
ش = susu kanan
ص = telinga kanan
ض = telinga kiri
ط = mata kanan
ظ = mata kiri
ع = lengan kanan
غ = lengan kiri
ف = punggung kanan
ق = punggung kiri
ك = bahu kanan
ل = bahu kiri
م = pusat
ن = otak
و = limpa
ه = hati
لا = jantung
ء = zakar
ى = roh